Saturday 31 May 2014

Berat saya melampau!!!




Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Pagi ni saya timbang berat saya 55kg. Alamak!! Ini tidak sepatutnya! Saya impikan berat antara 50kg ke 53kg je. Ok saya mengaku saya memang kaki makan. Suka makan jajan. Suka makan chocolate. Suka sangat makan kek!! 

Kalau kita merungut dengan berat kita tapi kita tidak sedikit pun berusaha untuk mengurangkan tabiat makan hentikanlah impian nak lesapkan lebihan kilogram tu! 

Dengan rendah hati tapi tinggi azam saya akan hapuskan lebihan kg!!!! Sapa nak join? Ha inilah masanya! Kita buat sama2. Saya akan pantau anda sepanjang program ini berlangsung. Kalau buat sorang2 nnt kurang menjadi... macam selalu kita buat tu... hehehehe... 

Ok saya buka tawaran ini. Jom sertai program 'kurus dan sihat menjelang raya'. Dengan bimbingan saya dan dengan nasihat beberapa orang yang berjaya melesapkan lebihan kilogram mereka anda akan terus dibimbing. 

Hantarkan teks 'saya nak kurus' ke 019 629 0572. 
Saya tunggu anda! 

SID 931331 - SM
019 6290 572
Rakan nutrisi anda yang mantop!

Thursday 29 May 2014

Kenali Jerawat?

Oh..Tidak! Jerawat. Malunya... Kalau malu jom kita basmi masalah jerawat. Dulu jangan kata kawasan muka ditumbuhi jerawat badan pun penuh jerawat jugak! Adoi! Boleh kata setiap hari satu jerawat akan muncul. Untung juga satu yang muncul kalau dua kalau tiga? Sedih... huhu..

Siapa yang gatal tangan suka kutil jerawat? Haaa biasa tuh! Sebolehnya kita elakkan ye... Sebab nanti akan meninggalkan parut hitam. Lagi tak cantik tau! Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk. Eh kutil tak boleh dibiarkan pun tak boleh dahtu camner? Kita kenali jerawat-jerawat pada kawasan muka kita dulu... 

Tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Selain dari itu saya mencadangkan anda semua ambil suplemen dari Shaklee ini;
Garlic complex
Vita C Plus Sustained Release
B complex
Gla complex
Esp
Alfalfa Complex

Hubungi saya jika berminat. Khidmat konsultansi eksklusif diberikan.

SID 931331 - SM
019 629 0572
Rakan Nutrisi Anda Yang Semakin Bebas Jerawat

Pengedar Shaklee di Sungai Buloh

Pengedar Sah Shaklee Terbaik di Sungai Buloh!

Assalamualaikum. Salam perkenalan saya Sharifah Maslinda rakan nutrisi anda yang terbaik. Buat seluruh warga Sungai Buloh sayalah yang anda cari!!

Sebagai Pengedar Sah Shaklee di Malaysia saya bersedia membawa produk Shaklee kepada anda tidak kira dimana anda berada.

Bagi khidmat CoD meliputi seluruh Sungai Buloh termasuk Saujana Utama, Merbau Sempak, Paya Jaras, Kuang, Kundang, Bukit Rahman Putra, Kota Damansara, Bandar Damansara, Ijok, Desa Colfields, Penjara Sungai Buloh, Puncak Alam, Puncak Perdana, Meru, Alam Budiman, Bukit Jelutong, Kg Melayu Subang dan kawasan kawasan yang berdekatan.

Pada waktu pejabat kawasan CoD meliputi seluruh Shah Alam terutama UiTM dan Petaling Jaya. 

Sebagai rakan nutrisi anda saya akan berikan khidmat konsultansi yang terbaik kerana saya amat perihatan atas kesihatan anda.

SID 931331 - SM 
Saya adalah rakan nutrisi anda!
 
Hubungi saya hari ini dan pada bila bila masa di
019 629 0572 

Jom kita menjalin ukhwah. Add saya sebagai teman anda di facebook  www.facebook.com/maslindasharifah
Juga sila Like fanpage saya di https://www.facebook.com/pages/My-Vitamins/385048174958434?ref=bookmarks







Monday 12 May 2014

Kenapa saya perlukan suplemen?


KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN TAMBAHAN??

"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat je".Saya akui juga kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu2, orang asli tak guna bahan2 kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc..

Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik2 sayur adalah sayur mentah/ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiatdan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!

Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk2 lain, bujur ke, bersegi ke... apa2 lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin2 seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya),
kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E...

Dapatkan set seperti berikut:
Set kesuburan
Set ibu hamil
Set berpantang
Set penyusuan
Set alahan/athma
Set jantung sihat
Set tulang dan sendi
Set kulit cantik berseri
Set kesihatan optimum
Set anak sihat dan bijak
Set kawalan darah
Set diabetes
Dan lain lain lagi...

SID 931331 - SM
0196290572
Rakan nutrisi anda yang semestinya mementingkan nutrisi